‘Kekasih Baru’ Zizan Buka Mulut

Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin enggan mengulas lanjut bagi menyangkal dakwaan mengenai hubungan cintanya dengan pelawak yang juga pelakon popular, Zizan Razak.

 

Spekulasi itu secara ringkas dijawab beliau sendiri ketika ditemui pada satu acara hiburan, hari ini.

 

“Tidak ada kebenaran. Rasanya anda semua tahu perkara itu tidak benar.

 

“Saya tidak akan buat apa-apa kenyataan atau sidang media berhubung perkara itu (dakwaan menjalin hubungan cintanya dengan Zizan).

 

“Apa yang sepatutnya diperkatakan sudah pun diperkatakan.

 

“Maaf saya tidak boleh memberi komen kerana saya perlu menghormati pihak penganjur majlis pada hari ini.

 

“Saya rasa Zizan akan membuat kenyataan pada malam ini,” katanya ringkas sebelum beredar.

 

Pada malam ini Zizan dijangka hadir pada malam tayangan perdana filem Cicakman 3 di Damansara. Petaling Jaya, Selangor.

 

Beberapa minggu lalu, timbul gosip Zizan didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan Putri Yasmin.

 

Itu juga dikatakan antara punca hubungan cinta hero Cicakman 3 itu putus dengan pelakon jelita, Emma Maembong. – MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.