Video: Individu Dikecam Kerana Tangkap Gambar Pesawat Di KLIA Guna Drone

Kuala Lumpur – Seorang pengguna Facebook bernama Edward Chew memuat naik empat gambar milik seorang pengguna Instagram dan menyatakan kebimbangan beliau akan tindakan seorang lelaki yang didakwa boleh mengakibatkan berlaku satu lagi kejadian buruk yang pesawat penerbangan di negara ini.

 

Menurut Edward, lelaki yang bernama Yeng Nasir telah menerbangkan Drone yang baru dimilikinya 15 minggu yang lalu di kawasan Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertujuan untuk merakamkan gambar pesawat mendarat di landasan berkenaan.

 

 

“Apakah yang akan terjadi sekiranya drone tersebut terbang menghimpiri pesawat? Apakah akan ada satu lagi berita gempar yang melibatkan penerbangan Malaysia?

 

“Sebarkan perkara ini untuk mendidik rakan-rakan anda agar tidak memandang mudah terhadap peralatan ini” ujar Edward di laman sosialnya.

 

Namun berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, Yeng Nasir cuba memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu.

 

“Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode,” katanya ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakannya di Instagram tersebut.

 

Namun SuaraTV mendapati akaun tersebut telah dipadamkan namun gambar-gambar yang dirakamkan sebelum ini telah mula tersebar di laman sosial Facebook dan menerima pelbagai kecaman.

 

Rata-rata menyifatkan tindakan seperti itu sebagai bodoh, kerana boleh membahayakan nyawa orang lain hanya kerana ingin nampak hebat dan mencari kelainan.

 

Peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan drone seberat 20 kilogram ke bawah tidak tertakluk bawah peraturan ketat seperti pendaftaran dan pemeriksaan kelayakan terbang.

 

Bagaimanapun ia tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal atau dalam jaram 1.5 batu nautika (2.8km) daripada sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.

 

Peraturan sama pada 2008 juga melarang drone kecil terbang melebihi 400 kaki (122 meter) daripada tanah dan melakukan kerja-kerja di udara yang antaranya melibatkan fotografi, pemerhatian dan tinjauan.

 

Difahamkan, beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand dan beberapa buah negara yang lain telah mengharamkan penggunaan Drone di negara mereka atas alasan berlakunya ‘pencerobohan’ yang tidak sepatutnya.

 

Malah Di Amerika Syarikat, berlaku perdebatan berhubung penggunaan drone oleh orang awam.

 

Ini kerana tindakan seperti ini sangat membahayakan pesawat-pesawat yang membawa ratusan penumpang yang datang dari luar mahupun dalam negara.

 

Bayangkan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, sekali lagi Malaysia akan menjadi perhatian dunia di atas tindakan yang tidak bijak dari para penggemar Drone yang menyalahgunakan ‘gadget’ ini ditempat larangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.