Guling Presiden: Mat Sabu, Hatta Akan Disiasat

KOTA BHARU – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Bendahari Agung parti, Dr Hatta Ramli akan dipanggil Jawatankuasa Khas siasatan parti untuk disiasat berhubung dakwaan menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kedua-dua pemimpin kanan parti itu akan dipanggil dalam masa terdekat.

 

“Yang buat tuduhan, kita panggil. Yang kena tuduh, pun kita akan panggil,” katanya.

 

Dalam satu himpunan di hadapan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur awal bulan lalu, sekumpulan ahli parti itu yang diketuai Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendesak komplot yang didakwa diketuai Dr Hatta melepaskan semua jawatan dalam parti kerana dikatakan terlibat dengan gerakan mahu menjatuhkan Abdul Hadi sebagai Presiden Pas. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.