Dua Maut Dalam Serangan Bom Di Luar Mahkamah Mesir

Kaherah – Dua orang terbunuh manakala sembilan lagi, termasuk tujuh anggota polis, cedera dalam letupan bom di luar mahkamah agung Mesir di sini, menurut Kementerian Kesihatan.

 

Jurucakap kementerian itu, Hossam Abdel Ghaffar, berkata seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada tulang belakang manakala seorang lelaki berusia 24 tahun mati akibat kecederaan di kepala dan pendarahan dalaman.

 

Abdel Ghaffar berkata, sembilan orang termasuk tujuh anggota polis cedera dalam serangan itu.

 

Serangan bom itu kelihatan disasarkan terhadap pos kawalan polis.

 

Serangan terbaharu itu berlaku sehari selepas dua orang awam terbunuh dalam serangan bom di luar sebuah balai polis di selatan Mesir. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.