Demi Anugerah, Leornardo DiCaprio Mahu Jiwai 24 Karakter Perogol

Meskipun sudah beberapa kali tercalon dalam anugerah Oscar iaitu anugerah tertinggi yang menjadi impian semua anak wayang di Hollywood untuk mendakapnya sekurangnya sekali, mungkin ia masih belum rezeki buat pelakon popular, Leonardo DiCaprio.

 

Nyata, memberikan lakonan berkesan menerusi kebanyakan filemnya setakat ini nampaknya belum dapat membuktikan bahawa dia sudah layak memiliki trofi pelakon terbaik.

 

Namun, siapa tahu komitmen pelakon berusia 40 tahun ini selama dua dekad ini bakal membuahkan hasil menerusi taruhan lakonan dalam filem biografi terbaru, The Crowded Room.

 

Selepas agak lama ‘berehat’ daripada belakon sebaliknya sibuk mengelilingi dunia menerusi projek The Great Gatsby, kini bintang filem Titanic dan The Wolf Wall of Street itu dikhabarkan bakal kembali set lokasi penggambaran.

 

Menurut laporan media di Hollywood, DiCaprio telah menyatakan minatnya mahu memengang watak sebagai Billy Milligan iaitu seorang lelaki yang mempunyai 24 personaliti berbeza yang menjadi orang pertama berjaya menggunakan alasan gangguan personaliti sebagai suatu pembelaan di mahkamah.

 

Atas alasan sebagai pesakit mental, Milligan mengaku tidak bersalah atas tuduhan kes rogol dan rompakan yang pernah berlaku di Ohio sekitar tahun 1970-an.

 

Menurut sumber, sejak tahun 1997 DiCaprio telah menyatakan persetujuannya untuk menjiwai watak Milligin tetapi ketika itu pengarah filem tersebut, James Cameron sedang sibuk dengan filem Avatar.

 

The Crowded Room adalah sebuah karya berdasarkan buku nukilan penulis Daniel Keyes berjudul The Minds of Billy Milligan yang pernah diterbitkan sekitar tahun 1981. Filem ini akan diterbitkan produksi milik DiCaprio iaitu Appian Way.

 

Karya Cameron ini nanti akan memaparkan mengenai Milligan yang mengalami diagnosis selepas didakwa merompak dan merogol tiga wanita di kampus Universiti Ohio, Amerika Syarikat.

 

Beliau kemudiannya di diagnosis dengan gangguan personaliti iaitu sebanyak 24 personaliti berlainan yang wujud dalam otaknya antaranya sebagai seorang lelaki Inggeris bernama Arthur yang sangat bijaksana dan Ragen, seorang komunis Yugoslavia mengaku terlibat dalam rompakan tersebut. Sementara, personaliti lesbiannya bernama Adalana adalah salah seorang yang bertanggungjawab melakukan 3 kes rogol di Ohio.

 

Milligan meninggal dunia pada awal Disember tahun lalu selepas dia dan penguamnya berjaya mempertahankan dan bersetuju bahawa personaliti lain dirinya yang terlibat dalam kes jenayah itu tanpa pengetahuan dirinya.

 

DiCaprio akan menjadi penerbit filem itu bersama Jennifer Davisson dan Alexandra Milchan bersama penulis skrip, Jason Smilovic dan Todd Katzberg.

 

Dikhabarkan ada beberapa lagi aktor yang berebut mahukan watak Milligan termasuklah pelakon Matthew McConaughey, Johnny Depp, Brad Pitt, Sean Penn dan John Cusack.

 

Dalam perkembangan lain, DiCaprio sebelum itu akan muncul dalam filem berjudul The Revenant, arahan pengarah Terbaik Oscar 2015, Alejandro González Iñárritu’s yang dijadualkan tayangan pada penghujung tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.