DAP Bimbang Pas Singkir Pemimpin Yang Tolak Hadi

SHAH ALAM – DAP semalam melahirkan kebimbangannya berhubung Pas yang diseru menyingkir mana-mana ahli yang menentang atau berniat menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ini kerana PR memerlukan kerjasama seluruh ahli dalam parti tersebut bagi memerangi BN khusus dalam pilihan raya akan datang.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi yang mendakwa berlakunya perpecahan dalam parti Pas sebaik tamatnya persidangan Muktamar Tahunan Pas tahun ini.

 

“Buat kali pertama seorang pemikir dalam parti menyeru penghapusan ahli dalam parti itu sendiri sejak krisis Pas pada tahun 1982,” jelasnya.

 

Mohd Zuhdi seperti yang dipetik menerusi laporan akhbar Sinar Harian hari ini meramalkan perpecahan dalam Pas selepas berakhirnya muktamar tahunan yang akan berlangsung pada Jun depan.

 

Menurut Mohd Zuhdi, beliau yakin perkara tersebut akan berlaku selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

 

Sementara itu, Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Mohd Zuhdi sebagai sesuatu yang mengejutkan.

 

“Ini belum pernah terjadi sebelumnya dan menimbulkan kebimbangan bagi mereka yang berharap untuk melihat Pas keluar dari pertempuran ideologi semasa mereka (Pas) sepatutnya bersatu bersama DAP dan PKR untuk menentang Umno,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.