Aksi Melampau Penceramah Panjat Mimbar Masjid Ketika Kuliah Agama

Sulawesi (Indonesia) – Tindakan seorang penceramah agama yang menyampaikan khutbah dengan cara yang melampau menerima kecaman hebat di media sosial.

 

Aksi individu yang dikenali sebagai ustaz Nur Maulana itu dianggap keterlaluan kerana dilihat memanjat mimbar atas alasan ingin menyampaikan ajaran Islam.

 

Aksi keterlaluan itu dikatakan berlaku ketika Nur Maulana menyampaikan ceramah agamanya di Masjid Agung Khairah Ummah Kota Kendiri, 26 Februari lalu.

 

Individu yang memuat naik gambar tersebut berkata, ketika aksi itu dilakukan Nur Maulana dikatakan sedang menyeru agar para hadirin agar beristighfar.

 

Pengguna media sosial turut menyifatkan tindakan Nur Maulana itu sebagai melampau kerana beraksi seperti seorang ahli sarkas.

 

“Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz, serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.” ujar Siti Fatimah ketika memberi komen di laman sosial tersebut.

 

Nur Maulana, 40, adalah pendakwah yang berasal dari Makassar dan disenangi oleh orang ramai kerana sering menggunakan bahasa rakyat ketika menyampaikan ceramahnya.

 

Salah seorang ahli agama, Abduh Zulfidar Akaha secara sinis berkata aksi yang dilakukan itu sangat merbahaya.

 

“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.