Najib Cari Jabatan Permit Selfie Selepas Ahli PPBM Lapor Polis

Bekas perdana menteri meneruskan lagi pendekatan dalam mengeluarkan kenyataan di Facebooknya yang memberikannya gelaran Raja Troll.

Dalam troll terbarunya hari ini, Najib bertanya jabatan kerajaan apa yang perlu dirujuknya bagi mendapatkan kebenaran berswafoto (selfie).

“Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah.

“Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?” katanya.

Kenyataan Najib itu disertakan dengan dua gambar yang dipercayai diambil ketika kunjungan beliau di pasar malam di Langkawi.

Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung programnya di pulau peranginan berkenaan.

Lima laporan polis berkenaan dibuat oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Berita Berkaitan;-

Najib Minum Pagi Bersama Rakyat, Ahli PPBM Lapor Polis Minta Siasat

Saya Selfie dan Jalan-Jalan Di Pulau Langkawi Pun Salahkah, Soal Najib

Terdahulu, pemimpin Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis berkenaan dibuat “menjaga ketenteraman awam” pulau peranginan berkenaan.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk laporan polis terhadap Najib yang “sekadar jalan-jalan di Langkawi dan lepak dengan kenalan”.

Gelaran Raja Troll diberikan Najib susulan pendekatan sindiran dan sinis seumpamanya dalam membuat kenyataan mengkritik atau membalas kritikan seteru politiknya, terutamanya pemimpin Pakatan Harapan. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.