Video: Gadis Hamil Cuba Bunuh Diri Di Pencawang Elektrik

Jawa Tengah – Kecewa kerana teman lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, seorang gadis yang mengandung cuba membunuh dirinya dengan memanjat pencawang elektrik.

Seperti yang disiarkan oleh Liputan6 SCTV, ahli pasukan Penyelamat cuba menenangkan gadis yang berada di pencawang elektrik, 80 meter dari kompleks pasar desa setempat.

Selepas dua jam, usaha penyelamat berjaya menyelamatkan gadis itu

Gadis berusia 19 tahun itu akhirnya diturunkan.

Penyelamat sebelum itu berkomunikasi dan memujuk gadis itu dan kemudiannya berhati-hati supaya dapat memindahkan mangsa dari pencawang elektrik voltan tinggi.

AKP Kusnadi, Ketua Polis berkata, mereka meminta bantuan PLTU untuk menurunkan gadis hamil itu.

“Kami menyelaraskan loji janakuasa supaya ditutup kerana kami tidak berani naik jika elektrik masih ada,” katanya.

Penyelamat segera membawa gadis tersebut ke pusat kesihatan tempatan.

Menurut gadis itu dia terdesak melakukan perkara sedemikian selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.