Yaman Gesa Trump Tarik Balik Sekatan Perjalanan

RIYADH – Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi semalam menggesa pentadbiran Donald Trump menarik balik larangan perjalanan ke atas rakyatnya, dengan mempertikaikan mereka adalah mangsa keganasan.

 

Hadi, yang mana kerajaannya disokong Washington dalam perang menentang pemberontak Syiah-Houthi, membuat rayuan itu ketika bertemu Duta Amerika Syarikat (AS) di Yaman, Matthew Tueller, yang misinya dipindahkan ke bandar ini akibat konflik berkenaan.

 

“Larangan dilaksanakan Trump Jumaat lalu ke atas rakyat tujuh negara Islam termasuk Yaman, perlu ditarik balik untuk pemegang dua kerakyatan, rakyat Yaman ‘dengan kepentingan perniagaan atau hubungan keluarga dan pelajar di AS’.

 

“Rakyat Yaman sedang menderita, sama seperti negara lain akibat keganasan dan melakukan usaha untuk mengawal dan menghapuskan keganasan,” kata Hadi yang pusat pentadbirannya terpaksa berpindah dari Sanaa akibat perang.

 

Isnin lalu, kerajaan Yaman memberi amaran, arahan Trump melarang pelawat tujuh negara atas alasan melindungi rakyat AS daripada pengganas hanya akan menggalakkan ‘pelampau’ global. – AFP/BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.