Video: Beli Minyak Di Petron Sama Seperti Mengkayakan Tauke Arak, Kata Rafizi

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan sedutan ceramah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di sebuah majlis mengajak orang ramai memboikot stesen minyak Petron kini viral di media sosial.

 

Dalam video berdurasi 39 saat itu, Rafizi mendakwa kekayaan anak beranak Tun Dr Mahathir Mohamad membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina seterusnya membeli stesen minyak Esso (Petron) di Malaysia.

 

“Kayanya anak beranak Mahathir ini sampaikan dia boleh beli kilang arak di Filipina.

 

“Dengan duit kilang arak itu juga dia beli stesen-stesen minyak Esso, itu yang tukar jadi Petron,” katanya dipetik dari video tersebut.

 

Ahli Parlimen Pandan dari PKR itu seterusnya menggesa hadirin di majlis ceramah tersebut tidak membeli petrol di stesen Petron.

 

“Jangan beli minyak di Petron lepas ni, beli minyak di Petron samalah dengan bagi kepada Mirzan dan Mokhzani, samalah dengan kita mengkayakan tauke judi daripada Malaysia, tauke arak dari Malaysia,” ujarnya.

 

Carian di internet menunjukkan sedutan video 39 saat itu dipercayai diambil dari satu video asal ceramah Rafizi berdurasi 5.39 minit yang dimuat naik di Youtube pada 4 Julai 2012.

 

Video berdurasi 5.39 minit itu turut dikongsi di laman Facebook Gerakan Anti PAN Terengganu yang dimuat naik pada 24 Januari lalu.

 

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di laman Facebook mendapati pelbagai reaksi pro kontra dari pelayar internet (netizen) yang mengulas sedutan video berkenaan.

 

“Rafizi hentam Tun Mahathir kaw-kaw. Apa cerita Rafizi Ramli? Mahathir dah suci & bersih ke sekarang? Dah boleh isi minyak kat Petron ke sekarang?,” tertera status di laman Facebook Gerakasn Anti PAN Terengganu.

 

Seorang netizen lain pula meminta perkara yang dah berlalu tidak perlu dipedulikan lagi.

 

“Barang yang lepas jangan dikenang,” komen Mohd Hasif.

 

Manakala Tuan Mohd Zainudin di ruangan komen yang sama menyifatkan Rafizi sebagai ahli politik yang tiada prinsip perjuangan.

 

“Tiada prinsip perjuangan.. tut tut sekarang boleh jadi geng caca merba, sanjung Mahadhir seperti wira, pejuang bangsa terulung. tak ke bodoh tu,” komen di ruangan komen laman tersebut,” ulas Tuan Mohd Zainudin. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.