Tindakan Trump Adalah Rasis!

KUALA LUMPUR – Tindakan presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump menghentikan pengeluaran visa pelancong ke atas tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman nyata mengundang kemarahan rakyat seluruh dunia.

 

Pelaksanaan tindakan Trump itu sesuai dengan janjinya sewaktu kempen pilihan raya AS berhubung isu itu pada tahun lepas.

 

Presiden Amanah, Mohamed Sabu berkata, tindakan Trump menyekat negara Islam memasuki AS bukannya untuk menentang Deash sebaliknya bertindak rasis kepada umat Islam.

 

“Bantahan ini bukan sahaja dibuat oleh orang Islam, malah mereka juga yang bukan beragama Islam termasuklah rakyat dari negara Eropah seperti Kanada, Italy dan Jerman.

 

“Trump bukan dilihat hendak menangani kumpulan pengganas Daesh, tapi kita lihat dia menentang hak asasi perintah eksekutif yang mencelakakan,” katanya ketika berucap dalam himpunan penyerahan memorandum di Kedutaan AS, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, ini adalah satu tindakan perkauman dan rasis yang cuba dihidupkan oleh seorang presiden dari sebuah negara yang liberal dan demokratik.

 

Katanya, dunia kini sedang menuju kepada situasi yang buruk, bukannya aman.

 

“Kita tak ada masalah jika mereka kata militan dan pengganas tidak dibenarkan masuk ke sesuatu negara, tapi ini bukan soal militan dan pengganas. Ini soal hal asasi manusia. Kemungkinan selepas ini negara-negara lain pula yang akan disekat,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mat Sabu juga berharap kerajaan Malaysia akan terus kekal sebagai negara berkecuali dan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu berhubung tindakan Trump.

 

“Malaysia perlu kekalkan sebagai negara berkecuali, jangan terlibat dalam menyerang Yaman, sekarang Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuktikan Malaysia Terlibat menyerang Yaman.

 

“Perkara ini seolah membawa negara kita ke blok Arab dan mengundang Daesh masuk ke negara,” katanya.

 

Dalam himpunan kira-kira jam 2.30 petang itu, dianggarkan 100 peserta perhimpunan yang disertai Pakatan Harapan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Ikram berkumpul di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak bagi membantah sekatan yang dilakukan Trump.

 

Memorandum itu kemudiannya diserahkan pada jam 3.15 petang oleh Presiden Amanah, Mohamed Sabu dan diambil oleh wakil kedutaan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.