“Tauke Judi Kebal”, Jerit Jamal Selepas Ditahan Reman Lima Hari

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang memerintahkan pemimpin kumpulan Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan reman untuk tempoh lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

 

Beliau disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan menceroboh beberapa premis yang didakwa menjalankan kegiatan perjudian di Selangor akhir tahun lalu.

 

Terdahulu, Jamal, 47, yang memakai baju T dan seluar hitam tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 10.15 pagi dengan diiringi pegawai polis.

 

Perintah tahanan reman selama lima hari itu akan berakhir Selasa depan.

 

Beliau yang diiringi keluar selepas perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Firdaus Sadina Ali sempat mencuri tumpuan pihak media apabila menjerit “tauke judi kebal”.

 

Dalam perkembangan berkaitan, sembilan rakan Jamal turut ditahan pada Rabu malam. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.