Pastikan Dun Tanjong Datu Kekal Milik BN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera Barisan Nasional (BN) berusaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Februari ini.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, sama ada pembangkang akan bertanding atau sebaliknya, langkah sedemikian amat penting demi memastikan kemenangan parti.

 

“Saya yakin calon yang di­pilih bagi PRK DUN Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu adalah calon terbaik untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat tempatan serta legasi, kerja dan visi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

 

“Sama ada pembangkang bertanding atau tidak, jentera BN mesti bersedia. Pastikan kerusi kekal milik BN,” katanya menerusi laman Facebook milik beliau hari ini.

 

Jamilah, 62, dipilih sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi disandang oleh Allahyarham suaminya itu dalam pengumuman oleh Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam.

 

Pengumuman itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat khas dengan pucuk pimpinan tertinggi PBB, wakil PBB Bahagian Tanjong Datu dan pemimpin parti komponen BN.

 

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak membe­ritahu, pemilihan Jamilah mendapat restu dan sokongan daripada semua pemimpin PBB dan BN semasa berbincang dalam mesyuarat berkenaan.-Utusan

One thought on “Pastikan Dun Tanjong Datu Kekal Milik BN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.