Hasil Pertemuan Pas, Bersatu Belum Diputuskan

KUALA LUMPUR – Pertemuan yang berlaku antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini masih diperingkat perbincangan dan penelitian, kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

 

Katanya, mengikut polisi Pas, hasil perbincangan oleh wakil parti akan dibawa balik ke Mesyuarat Pas Pusat untuk dibincang dan diputuskan semula.

 

“Keputusan belum diambil. Bukan disitu tempat membuat keputusan. kedudukan dari aspek politiknya sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam perkara yang melibatkan hubungan dengan parti lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Parti dibawah bidang tugas MSU.

 

“Insya-ALLAH, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana dalam kenyataan beliau bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan membawa maklumat perbincangan ke peringkat kepimpinan tertinggi parti masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

 

 

Tambahnya lagi, kedudukan dan status hubungan kerjasama Pas-Bersatu juga akan diperhalusi dan diputuskan dalam mesyuarat selepas ini.

 

“Ertinya sehingga kini tiada apa apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan Pas dan Bersatu. Ia masih diperingkat perbincangan dan penilaian.

 

“Sementara itu, keputusan sikap semasa Pas terhadap DAP dan Amanah adalah suatu yang telah dimuktamadkan bahawa Pas tiada apa apa hubungan dengan DAP dan juga Amanah, justeru itu Pas tidak menyertai Pakatan Harapan,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.