Dua Sahabat Maut Mungkin Sebab ‘Air Sumbu’

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan dua sahabat yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Kampung Panchor di sini pada Isnin lalu dipercayai telah diberi minuman yang dikenali ‘air sumbu’.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab. Rahman Ismail berkata, susulan daripada kejadian tersebut dua lelaki yang berusia 20-an yang juga rakan kepada kedua-dua mangsa telah ditahan polis di sekitar daerah ini kelmarin bagi membantu siasatan.

 

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati ketika kejadian terdapat seramai lima individu termasuk dua mangsa yang ditemui mati.

 

“Walaupun begitu, seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Epa yang dikatakan membekalkan minuman tersebut masih bebas dan dipercayai mengetahui kandungan air sumbu berkenaan.

 

“Polis percaya individu yang membekalkan air berkenaan dapat membantu siasatan sekaligus mengetahui perkara sebenar berhubung kematian dua sahabat tersebut,” katanya di sini semalam.

 

 

Ab. Rahman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan serta sumber air sumbu berkenaan dan dalam masa yang sama sedang menunggu laporan sampel usus salah seorang mangsa yang telah dihantar ke jabtan patalogi.

 

Menurutnya, sehingga kini polis masih klasifikasikan kematian dua mangsa ini sebagai mati mengejut dan punca kematian mereka disebabkan strok haba.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.