Annuar Beri Keterangan Di SPRM

PUTRAJAYA – Tan Sri Annuar Musa hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh anak syarikat MARA, iaitu Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), jam 8.57 pagi tadi.

 

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam dilihat memasuki pejabat SPRM selepas berada di Auckland, New Zealand bagi menghadiri urusan rasmi MARA.

 

Beliau disambut kira-kira 400 penyokongnya ketika tiba di Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

 

Dua hari lalu, Annuar diminta bercuti sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PMB.

 

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat tergempar Majlis MARA bagi memberi laluan kepada siasatan audit dalaman berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.