Aktres Berkasih Dengan Raja Dadah Antarabangsa

BANGKOK – Polis Thailand menyerbu rumah seorang aktres popular semalam untuk menyiasat hubungan selebriti itu dan ahli perniagaan dengan seorang suspek raja dadah warga Laos.

 

Penyiasat berkata, rakan elit mungkin membantu melindungi kegiatan seorang lelaki warga Laos, Xaysana Keopimpha yang dipercayai polis sebagai raja dadah antarabangsa.

 

Keopimpha, 42, ditangkap polis pada bulan lalu dalam satu operasi dramatik di lapangan terbang utama Bangkok.

 

Beberapa kumpulan anggota polis melakukan lebih 12 serbuan di Bangkok semalam termasuk apartmen pelakon televisyen dan hos rancangan bual bicara, Napapa Thantrakul.

 

Napapa ketika ini belum dijadikan suspek tetapi polis percaya suaminya menerima beberapa kereta mewah daripada seorang pembawa dadah Keopimpha termasuk sebuah Lamborghini.

 

Pihak berkuasa percaya, empayar dadah Keopimpha menyalurkan methamphetamine yang dihasilkan di Myanmar ke Thailand dan Malaysia.

 

Bangkok dan pinggir bandarnya dijadikan tempat persembunyian penting dan perlindungan kepada sindiket itu.

 

Beberapa pengedar kereta mewah dan selebriti di Thailand juga dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram keuntungan milik Keopimpha.-MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.