Video: ‘Saya Tak Tidur’ – Ahmad Bashah

Alor Setar – Bakal Menteri Kedah Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan ‘serangan peribadi’ yang dilemparkan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir kononnya beliau ‘tertidur’ ketika menghadiri salah satu majlis di istana Kedah baru-baru ini.

 

Beliau ketika sidang media yang diadakan sebentar tadi berkata, rakaman tersebut telah disunting oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk memalukan dirinya.

 

 

“Video lena (tidur) itu telah diviralkan (sebab) kadang-kadang kita rasa lebih khusyuk (mendegar ucapan) dengan aksi sebegitu.

 

“Saya duduk di barisan hadapan, rakaman tersebut telah disunting (sebab) semasa saya membuka mata (mereka) tak diambil pula ia merupakan perkara biasa (kerana) isu tengah berjalan” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat UMNO Kedah sebentar tadi.

 

Adun Bakar Bata itu turut menjelaskan, beliau telah menjelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung isu yang dibangitkan itu.

 

“Saya kata kepada Perdana Menteri saya tak lena (tidur), dia (Najib) kata ia isu biasa (perkara kecil yang sengaja diperbesarkan).

 

Terdahulu Mukhriz ketika diminta mengulas mengenai perlantikan Ahmad Bashah meminta agar bakal menteri besar itu tidak tertidur ketika majlis angkat sumpah yang akan diadakan esok.

 

 

Kenyataan Mukhriz itu merujuk kepada klip video pendek yang disebarkan di laman media sosial baru-baru ini.

 

Ahmad Bashah ketika diminta mengulas lanjut berkata, tidak mengambil hati dengan kenyataan tersebut sambil menyifatkan ia sebagai asam garam dalam politik dan akan mengambilnya sebagai semangat dalam menjalankan tugas kelak.

 

“Kenyataan Mukhriz, saya tak ambil hati. Saya jadikan ia semangat. Saya tak marah,” ujarnya pula.

 

Sebelum itu Ahmad Bashah dilantik menggantikan Mukhriz selepas anak kepada bekas perdana menteri itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, pagi tadi.

 

Beliau akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit jam 10 pagi esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.