Tun Siti Hasmah Meratapi Mukhriz Kehilangan Jawatan

ALOR SETAR – Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang merupakan bonda kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menitiskan air mata setelah anaknya dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

 

Beliau dilihat tidak dapat menahan perasaan sebak ketika bertemu dengan Mukhriz di kediamannya di Titi Gajah.

 

Pertemuan tersebut berlangsung sejurus selepas Mukhriz mengumumkan pengunduran beliau sebagai Menteri Besar Di Wisma Negeri pagi tadi.

 

Dalam pada itu, Mukhriz dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3 petang ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.