Saya Kini Bebas Bersuara – Mukhriz

SUBANG – Selepas beberapa jam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui beliau kini bebas menyuarakan permasalahan yang berlaku di pucuk pimpinan Umno.

 

Menurut beliau, buat masa ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan demi untuk kebaikan parti dalam menghadapi PRU14.

 

“Kita kena cakap mengenai hal-hal itu supaya parti kita lebih kuat.

 

“Sekarang kalau kita tanya pandangan ahli-ahli parti kita sendiri, kebanyakan berpendapat kalau tak ada pertukaran pada pucuk pimpinan, peluang untuk menang PRU14 semakin kelam,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini.

 

Ketika ditanya adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan, Mukhriz memaklumkan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai jawatan di dalam kerajaan serta bebas untuk bercakap apa sahaja.

 

Dalam pada itu, ketibaan Mukriz di balai ketibaan dan disambut kira-kira 50 penyokong untuk memberikan semangat.

 

Pagi tadi, Mukriz mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas didesak oleh beberapa pimpinan Umno Negeri Kedah sebelum ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.