Video: Mukhriz Seorang Yang Baik – Ahmad Bashah

Alor Setar – Datuk Ahmad Bashah yang diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menyifatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai seorang yang baik.

 

Menurutnya, walaupun secara politik beliau tidak sependapat dengan Mukhriz namun secara peribadi yakin anak bekas perdana menteri itu akan kembali diterima sekiranya terus membantu parti di masa hadapan.

 

 

“Saya dah sebut dari awal, Mukhriz ini adalah seorang yang amat baik dan ketika saya menjadi Pengerusi Perhubungan (Umno Kedah) Mukhriz pada ketika itu menyandang jawatan timbalan dan banyak program-program yang saya serahkan padanya dilaksanakan.

 

“Namun apa yang berlaku pada ketika ini adalah kehendak daripada kepimpinan Umno negeri tapi secara peribadi dia adalah seorang yang amat baik dan mempunyai masa depan yang baik bersama-sama Umno, saya yakin sekiranya dia terus membantu dia akan kembali diterima dalam politik” ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut yakin bahawa Mukhriz dan penyokongnya akan kembali bersama-sama Umno untuk memperkukuhkan parti itu.

“Saya yakin penyokong Mukhriz akan balik.. nak buat kerja besar kita tak boleh tinggal seorang itu.

 

“Saya tak bimbang kerana mereka orang parti yang sayang dengan negeri Kedah dan parti (malah) saya yakin Mukhriz akan terus bersama Umno.” katanya lagi.

 

Menurut Ahmad Bashah perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah disebabkan parti merasakan perlunya ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

 

“Kita bukan dipaksa tapi kita minta supaya dibuat pemilihan atau ada pertukaran dari segi kepimpinan kerana semua ketua-ketua Umno bahagian merasakan perlu ada perubahan.

 

“Itu merupakan kehendak kepimpinan dan kami hanya suarakan hasrat supaya ada perubahan dan kita mohon Presiden untuk buat perubahan ini (kerana) itu pandangan serta kehendak pemimpin parti dan sayap Umno dan majoriti Adun (BN)” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.