Mukhriz Letak Jawatan MB Kerana Hilang Sokongan Majoriti ADUN – PMO

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana beliau sudah hilang sokongan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menurut Pejabat Perdana Menteri.

 

“Perkara ini disebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kepemimpinan beliau, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, selain mengambil kira persediaan yang perlu dibuat bagi mengekalkan Kedah pada PRU-14,” menurut kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak percaya bahawa parti dan kerajaan mesti berdisiplin dan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menangani cabaran ekonomi dan keselamatan yang dihadapi Malaysia ketika ini.

 

“UMNO Kedah sudah menzahirkan sokongan mereka kepada prinsip kesatuan dan disiplin parti itu, yang seterusnya membolehkan parti menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila Barisan Nasional (BN) diberikan mandat oleh rakyat,” menurutnya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.