Video: Mukhriz Letak Jawatan, Gesa MB Baharu Jangan ‘Terlena’

ALOR SETAR – Dato’ Seri Mukhriz Mahathir kini bukan lagi Menteri Besar Kedah apabila beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan pada pagi ini.

 

Satu sidang media Khas telah diadakan pada jam 10 pagi tadi di Wisma Negeri bagi membuat pengumuman terhadap perletakan jawatan tersebut.

 

“Saya mengambil keputusan untuk lepaskan jawatan sebagai MB Kedah berkuatkuasa serta merta dan saya berikrar lafaz setia pada istana kedah dan lafaz khidmat untuk rakyat Kedah”katanya.

 

Katanya tiada sebarang alasan munasabah terhadap tindakan anggota gerakan tersebut kerana rata-rata rakyat menerima baik menerima baik pentadbirannya namun mendakwa kemelut ini berlaku kerana tindakannya yang lantang menyuarakan kepincangan 1MDB dan penyelewengan wang rakyat.

 

“Tiada alasan munasabah oleh anggota gerakan tersebut kerana rata-rata rakyat terima baik demi kesejateraan rakyat kedah.

 

“Sesungguhnya tindakan ini diambil kerana suara dan kritikan saya berhubung isu yang saya suarakan contohnya 1mdb dan penyelewangan wang rakyat”katanya lagi.

 

Katanya lagi dengan nada sinis, beliau mahu agar MB Kedah yang baharu agar tidak ‘terlena’ lagi.

 

“Mula saya harapkan Datuk Bashah masa angkat sumpah nanti tidak ‘terlena.”

 

Beliau yang mengetahui bahawa telah kehilangan majoriti undi dalam ADUN ketika perjumpaa sulit dengan Jemaah Pemangku Kedah berkata tindakan ini dilakukan kerana bagi menutup suaranya dalam isu rakyat.

 

“Saya dimaklumkan saya telah kehilangan majoriti dalam DUN kedah ketika perjumpaan sulit depan Jemaah Kedah dari ahli BN dan pembangkang kerana perkara ini perlu dilakukan bagi menutup suara saya dalam isu rakyat”ujarnya lagi.

 

Katanya lagi, beliau masih akan setia dengan UMNO namun berharap parti itu akan melalui perubahan yang drastik.

 

 

“Saya akan setia dengan umno dan dalam masa sama saya harapkan umno boleh lalui satu gerakan yang drastik saya serahkan pada rakyat untuk menilai.. ramai nyatakan berpuas hati dengan inisiatif yg kami ambil.”

 

Dalam pada itu, beliau tidak akan meninggalkan DUN Ayer Itam kerana mereka adalah penyokong beliau.

 

“Saya tak akan tinggalkan DUN Ayer Itam kerana merekalah penyokong saya” ujarnya.

 

Selain jawatan MB Kedah, beliau juga turut melepaskan jawatan KFA.

 

Dalam pada itu, Majlis angkat sumpah MB Kedah yang baru akan dilangsungkan pada esok.

 

Terdahulu, 19 daripada 36 ADUN Kedah bersetuju untuk menyingkirkan beliau dari jawatan Menteri Besar setelah melakukan perjumpaan dengan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultaan Kedah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.