Mukhriz Letak Jawatan, Akan Tetap Setia Pada UMNO

ALOR SETAR – Kemelut politik Kedah berakhir apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.

 

Menurut Mukhriz, keputusan itu dibuat selepas dikatakan hilang sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

 

Mukhriz juga turut menamakan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai penggantinya.

 

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan kesetiaan kepada Umno walaupun tanpa jawatan.

 

Malah, jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga turut dilepaskan.

 

Namun, Mukhriz berkata beliau menyerahkan soal jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

 

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. – TheRakyatPost

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.