Jenazah Tan Sri Kamal Mohamed Hashim Selamat Dikebumikan

GEORGETOWN – Jenazah Pengarah Eksekutif Kumpulan Star Media Bhd, Allahyarham Tan Sri Kamal Mohamed Hashim Che Din, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini, pada jam 11.45 pagi tadi.

 

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Sardon, di sini.

 

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

 

Allahyarham yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Budi Penyayang Malaysia meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini, pada jam 7.45 malam semalam, akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Su Hashim, tiga anak dan sembilan cucu. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.