Ahmad Bashah Bakal MB Kedah Baru

ALOR SETAR: Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bakal menjadi Menteri Besar Kedah yang baru bagi mengantikan Dato Seri Mukhriz yang telah dilucutkan jawatan.

 

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah telah mendapat persetujuan oleh majoriti ADUN Kedah dan dipercayai dua ADUN PAS turut menyokong perlantikan beliau ketika bertemu dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah petang tadi.

 

Menurut sumber dari Badan Perhubungan UMNO Kedah, pengumuman bakal dibuat pada esok hari dan majlis angkat sumpah akan berlangsung pada hari Khamis.

 

Terdahulu, 19 daripada 36 ADUN bersetuju menyingkirkan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah setelah melakukan perjumpaan dengan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.