Video: Remaja Rentung Dalam Rumah Kedai

Pendang – Seorang remaja perempuan rentung dalam kebakaran di Kampung Nam Dam, Jalan Sungai Tiang, di sini, kira-kira 7 malam tadi.

 

Dalam kejadian itu, mangsa Wan Putri Nurul Aisyah Abdullah, 13, ditemui rentung dalam keadaan terbaring di ruang belakang kedai runcit dipercayai akibat terperangkap.

 

Difahamkan, mangsa pergi ke kedai runcit berkenaan bersama seorang rakan untuk membeli makanan ringan, bagaimanapun mangsa dikatakan panik dan masuk ke dalam kedai sejurus selepas terdengar percikan api dipercayai akibat litar pintas daripada wayar elektrik.

 

Ketua Operasi Pegawai Bomba Salim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.21 petang dan tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

 

“Sebanyak dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja 1, Kota Setar dan Kuala Nerang dengan kekuatan seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati kedai runcit berkeluasan 600 kaki persegi hangus 100 peratus.

 

“Bagaimanapun, api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian dan berjaya menemui mangsa dalam keadaan rentung di dalam ruang kedai,” katanya.

 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.