Video: Warga Emas Nyaris Maut, Kereta Rempuh Kedai Stesyen Minyak

Petaling Jaya – Seorang warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan yang dinaikinya merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan PJU 1A / 20 pagi Selasa.

Dia yang memandu kereta itu baharu selesai mengisi petrol kereta Proton Wira kira-kira pukul 9.30 pagi apabila keretanya merempuh masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

 

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Komisioner Azmi Abu Kassim berkata siasatan mendapati wanita itu berniat untuk mengundurkan keretanya.

 

“Tetapi dia secara tidak sengaja memandu keretanya ke depan,” kata Azmi.

 

Beliau menambah bahawa tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.