Saya Bawa Pistol Hanya Untuk Pertahankan Diri – Saravanan

Gombak – Naib Presiden MIC,  Datuk M Saravanan berkata, tindakannya membawa senjata api semasa menghadiri sidang media di ibu pejabat MIC minggu lepas adalah sebagai langkah untuk mempertahankan diri daripada sebarang kemungkinan.

 

Katanya, sepucuk pistol yang disisip pada pinggangnya itu merupakan senjata api yang diberikan kepada setiap ahli Parlimen untuk digunakan dan bukan untuk tujuan mengugut atau menakutkan sesiapa.

 

“Saya guna pistol itu untuk pertahankan diri, jadi saya kena bawa.

 

“Kalau saya tinggal pistol itu di rumah bererti saya jaga keselamatan pistol itu, bukannya pistol itu jaga keselamatan saya,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Thaipusam di sini pada Selasa.

 

Bagaimanapun Saravanan berkata, imej pistol yang disisip dipinggangnya dan telah tersebar di internet itu hanya sedikit sahaja dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.