Roketkini : Aktivis Muda DAP Bidas Kenyataan Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Kami sekumpulan aktivis muda daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) membidas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri yang menyeru pengguna Melayu untuk memboikot peniaga Cina.

 

Kenyataan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi mencerminkan sikap pemimpin Barisan Nasional yang cuba menyemarakkan api perkauman. Sikap sebegini wajar ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

 

Isu kenaikan harga barang bukan disebabkan oleh identiti kaum dan agama. Tetapi disebabkan oleh kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk mengawalselia dasar-dasar ekonomi dengan baik.

 

Kita memerlukan seorang pemimpin yang dapat mengatasi beban rakyat ketika kita sedang dilanda kemunduran ekonomi bukan pemimpin yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab memainkan sentimen perkauman.

 

Ia juga berikutan kelemahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memantau sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pengguna terutamanya golongan ‘middlemen’ yang sebenarnya mengawal harga dan bekalan barang.

 

Kami menggesa Datuk Seri Ismail Sabri supaya menarik semula kenyataan yang menyemai rasa kebencian dan perkauman yang bakal menjejaskan peluang saksama dalam perniagaan bagi semua kaum di negara ini.

 

Kami juga menggesa Datuk Seri Ismail Sabri supaya menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengurangkan beban rakyat dengan langkah proakti fdan bukannya mengambil jalan mudah dengan membuat kenyataan tidak bertanggungjawab dan meng-kambing hitamkan pihak lain.

 

DYANA SOFYA
SYERLEENA RASHID
EDRY FAIZAL
MUHAMMAD NAZREEN
YOUNG SYEFURA
RAJA AHMAD ISKANDAR FAREEZ
MASYHUR ABDULLAH
SHAKIR AMEER
NOR MIZWARY

 

-Roketkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.