‘Power Rangers’ Bunuh Rakan Dengan Pedang

Los Angeles – Seorang pelakon yang memainkan watak sebagai Power Rangers ditahan kerana didakwa membunuh rakan serumahnya dengan pedang.

 

Ricardo Medina Jr, 36, telah menghubungi pihak polis sendiri selepas kejadian, di mana Joshua Sutter,36 didapati telah meninggal dunia akibat ditikam.

 

Polis di Los Angeles yang dipetik dari portal telegraph.co.uk berkata, kedua-dua suspek dan mangsa didapati bertengkar dan Medina berundur ke bilik tidur bersama teman wanitanya.

 

Sutter kemudiannya dilaporkan masuk ke biliknya dan Medina dikatakan menggunakan pedang yang disembunyikan di sebalik pintu untuk menikam mangsa di bahagian perut.

 

Pertengkaran itu berlaku pada pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Sabtu, dan disaksikan oleh teman wanita Medina.
Sutter dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia, tidak lama sejurus tiba.

 

Jurucakap pihak berkuasa Los Angeles berkata, “Pada petang kejadian tersebut, kedua-duanya terlibat dengan pertengkaran, yang bertukar menjadi perbalahan fizikal.”

 

“Suspek telah menghubungi 911, tidak berganjak dari lokasi kejadian, dan kemudiannya disoal siasat oleh detektif.”

 

Polis juga berkata Medina dibenarkan ikat jamin sebanyak $1 juta.

 

Medina memainkan peranan sebagai Power Rangers Merah dalam siri popular ‘Power Rangers Wild Force’ pada 2012, dan juga pernah muncul dalam siri televisyen ER dan CSI:Miami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.