Nicol Mara Ke Final Kejohanan Skuasy Cleveland Classic

Kuala Lumpur – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kembali mempamerkan aksi kemenangan apabila mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Cleveland Classic pada Isnin.

 

Juara dunia lapan kali itu cemerlang apabila menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy 11-7, 11-3, 11-8 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, di Ohio, Amerika Syarikat.

 

“Kemenangan 3-0 bagi saya menentang Omneya hari ini cukup baik. Mara ke final #ClevelandClassic bertemu Raneem El Welily,” kata Nicol menerusi mesej Twiter selepas mencatatkan kemenangan mudah ke atas pilihan kesembilan itu.

 

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu meneruskan cabaran untuk menentang bekas juara dunia 2013 Raneem El Welily dari Mesir pada final, lewat hari ini, menurut www.squashsite.co.uk.

 

Pilihan ketiga yang sekarang diletakkan dalam ranking kedua dunia menewaskan pemain England Laura Massaro 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

 

Raneem diberi tentangan sengit sebelum menang 11-3, 11-7, 13-15, 11-9 dan 12-10 untuk mara ke pentas final.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.