Lebih 100 Wanita Dirogol Dalam Kajian Klinikal Palsu

Tokyo – Polis Jepun menahan seorang lelaki kerana didakwa memberi dadah dan melakukan serangan seksual kepada lebih 100 orang wanita, yang percaya mereka telah mengambil bahagian dalam kajian perubatan, lapor media tempatan pada Selasa.

 

Detektif terlibat menyatakan, puluhan wanita menyahut iklan yang mencari sukarelawan untuk ‘penyelidikan klinikal pengukur tekanan darah ketika tidur’ selama dua tahun sehingga November 2013.

 

Mereka percaya, Hideyuki Mogucho, 54, telah memberikan ubat penenang kepada wanita yang menjadi mangsa selepas membawa mereka ke hotel dan resort air panas.

 

Setelah mangsa tidak sedarkan diri, mereka dirogol serta setiap perlakuan tersebut telah difilemkan oleh suspek, kata polis.

 

Rakaman serangan tersebut telah disiarkan di Internet atau dijual kepada pengeluar filem lucah, yang didakwa memberikan pulangan lumayan kepada Noguchi dengan pendapatan sehingga melebihi $85,000.

 

Noguchi dilaporkan tidak memiliki sebarang pengetahuan serta kepakaran berkaitan latihan perubatan.

 

Seorang jurucakap polis di Chiba, timur Tokyo berkata, pegawai telah mengesahkan sekurang-kurangnya 39 mangsa, dalam lingkungan usia remaja sehingga 40-an berasal dari Tokyo, Chiba, Osaka, Tochigi dan Shizuoka.

 

Detektif mengatakan mereka yang dikesan adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah bilangan wanita yang menjadi mangsa Noguchi, dan dipercayai bilangan mangsa yang sebenarnya terlibat lebih daripada 100 orang, lapor media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.