Leagoo Lead 7, Tiba Dengan Harga RM599

Kuala Lumpur – Telefon pintar Android kelas pertengahan, Leagoo Lead 7 telah tiba di Malaysia, dan boleh didapatkan bermula hari ini, lapor portal teknologi Lowyat.net.

 

Peranti yang dilengkapi dengan kapasiti bateri yang sangat besar, dan dikatakan boleh berfungsi sebagai powerbank ini menjadi telefon pintar terbaru dari pengeluar China, yang dilihat mampu popular di Malaysia.

 

Sesuai untuk pengguna yang sering mengeluh jangka hayat bateri yang singkat, telefon pintar ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, dengan kebolehan 25 jam mendengar muzik, 9 jam menonton video dan lebih 300 jam dalam mod jaga.

 

Memiliki spesifikasi kelas pertengahan, telefon pintar ini memiliki skrin sebesar 5 inci, dengan paparan JDI. Peranti ini berasaskan kepada sistem operasi Android 4.4.2 dengan Smart UI.

 

Selain itu, ia dibekalkan pemproses empat teras 1.3GHz. 1GB RAM dan storan terbina sebesar 8GB dan boleh ditambah dengan penggunaan kad memori mikro SD.

 

Peranti ini menawarkan kamera utama 13MP dengan lensa 5p yang menggunakan teknologi sensor CMOS daripada Sony. Sementara itu, kameranya hadapannya dibekalkan sensor 8MP, yang sesuai untuk selfie.

 

Ciri-ciri lain peranti ini merangkumi dwi-SIM, dimensi 144 x 71.6 x 88mm, berat 160 gram dan boleh didapatkan dalam warna hitam dan putih.

 

Boleh didapatkan dengan harga runcit RM599, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Leagoo dan laman web mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.