KPN Minta Semua Pihak Hentikan Kenyataan Isu Boikot Harga Barang

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu boikot harga barang.

 

Beliau melalui laman Twitternya menegaskan, perbuatan tersebut boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

 

“Boycott issue, @PDRMsia ask all parties to immediately excercise restraints in making public statements. It hurts our racial harmony,” katanya, lapor The Rakyat Post.

 

(Isu boikot, @PDRMsia meminta semua pihak untuk segera berhenti daripada mengeluarkan kenyataan. Ia menjejaskan keharmonian kaum negara kita.)

 

Terdahulu Khalid melalui laman Twitternya juga mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.

 

Sebelum ini, status yang dimuat naik Ismail Sabri di laman Facebooknya pada Ahad yang menggesa pengguna untuk menggunakan kuasa memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak, telah mencetuskan reaksi kurang senang pihak tertentu.

 

Bagaimanapun, Ismail Sabri tampil membuat penjelasan bahawa tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan tidak ditujukan kepada kaum tertentu. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.