Juan Cuadrado Sah Milik Chelsea

London – Pemain sayap Colombia, Juan Cuadrado akhirnya menjadi milik Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai $46 juta, yang juga dilaporkan boleh meningkat kepada $54 juta.

 

Cuadrado menyifatkan perpindahannya dari Fiorentina sebagai ‘mimpi’, dengan Jose Mourinho, akhirnya menemui pemain yang dapat mengimbangi skuadnya sebagai pengganti kepada Andre Schurrle dan Mohamed Salah.

 

Cuadrado, 26, dilaporkan oleh portal Telegraph.co.uk telah menandatangi kontrak selama empat tahun setengah.

 

Dalam perkembangan lain, Chelsea dilihat bijak menguruskan kewangan pasukannya, apabila perpindahan pemain tengahnya, Andre Schurrle yang menyertai Wolfsburg di Bundesliga Jerman, dimeterai dengan yuran perpindahan yang dianggarkan bernilai $44 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.