Fletcher Lengkapkan Perpindahan Ke West Brom

London – Pemain tengah veteran Manchester United, Darren Fletcher mengakhiri kariernya selama 15 tahun di Old Trafford dengan dilaporkan telah melengkapkan perpindahannya ke West Bromwich Albion, tanpa sebarang yuran perpindahan, di sini.

 

Fletcher, 31, tiba untuk menjalani ujian perubatan di lapangan latihan Albion, 90 minit sebelum tarikh akhir perpindahan dan akhirnya melengkapkan perpindahannya, bersama pengurus kelab barunya, Tony Pulis.

 

Spekulasi perpindahan pemain antarabangsa Scotland itu seakan-akan berlalu tanpa mencapai kata sepakat pada hujung minggu lalu, tetapi Albion muncul kembali dengan tawaran baru pada hari terakhir perpindahan.

Fletcher yang dianggap antara pemain tengah terbaik muncul menerusi akademi United dan membuat kemunculan sulung bersama kelab itu pada Mac 2003.

 

Ketika bersama United, kapten Scotland itu berjaya menjulang gelaran Liga Perdana sebanyak lima kali , Piala Liga dua kali, Liga Juara-juara dan Piala Kelab Dunia FIFA.

 

Selain itu, dia juga telah membuat sebanyak 342 kemunculan bersama United serta telah menjaringkan 24 gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.