Cubaan Merompak Angel Di Maria Gagal

London – Sekumpulan perompak gagal dalam cubaan memecah masuk kediaman pemain Manchester United, Angel di Maria, Sabtu lalu, menurut beberapa laporan media Britain.

 

Akhbar The Sun melaporkan Di Maria, 26, sedang makan malam bersama keluarganya di rumahnya di Prestbury, England apabila sekumpulan perompak cuba memecahkan pintu halaman menggunakan tiang perancah.

 

Bagaimanapun, mereka melarikan diri apabila penggera keselamatan berbunyi.

 

“Pada 7.30 malam Sabtu lalu (4.30 pagi Ahad waktu Malaysia), polis menerima laporan insiden rompak di rumah di Jalan Celford di Prestbury,” kata jurucakap Polis Chesire.

 

“Beberapa suspek cuba memecah masuk ke kediaman itu menerusi pintu belakang. Namun, penggera berbunyi dan mereka melarikan diri,” katanya.

 

Pemain Argentina itu juga beraksi dalam kemenangan 3-1 menentang Leicester City, Sabtu lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.