Amerika Syarikat Hantar Senjata

Washington – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu mempertimbangkan semula keputusan untuk menghantar senjata ‘pertahanan’ kepada tentera Ukraine, menurut laporan The New York Times.

 

Keputusan itu dibuat selepas Komander Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Jeneral Philip M Breedlove berikrar menghantar bantuan ketenteraan kepada Kiev untuk bertempur dengan kumpulan pemisah pro-Rusia selepas rundingan damai gagal.

 

Breedlove berulang kali menyatakan pendiriannya bahawa beliau menyokong usaha mencapai penyelesaian politik dan langkah diambil kerajaan Ukraine untuk menentang kumpulan pemisah tersebut.

 

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Bernadette Meehan memberitahu mereka sentiasa menilai pilihan lain walaupun matlamat utama mereka adalah untuk mencari jalan penyelesaian secara aman.

 

Susulan daripada itu, beberapa pegawai Pentagon percaya langkah menghantar bekalan senjata kepada Ukraine wajar dipertimbangkan semula.

 

Difahamkan, Washington kini berdepan gesaan beberapa pihak yang menuntut supaya kerajaan meluluskan bajet ketenteraan bagi tempoh tiga tahun tahun akan datang berjumlah AS$3 bilion (RM11 bilion). – RTUkraine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.