13 Mei : Wujud Tindakan Sebarkan Semangat Anti Melayu

“Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan kekacauan akan berlaku, keamanan dan kemakmuran yang kita miliki akan hancur.” – Petikan buku ‘Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas’ oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

 

Memetik Laporan Mageran 6.10.1969, kaum yang memenangi majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada waktu itu telah mengadakan perarakan secara besar-besaran sambil melaungkan ‘Malai-si! Malai-si!’ bermaksud ‘Mati-Melayu’ di sekitar Kuala Lumpur.

Waktu itu, wujud pihak yang bertindak menyebarkan semangat anti Melayu dalam kalangan rakyat sehingga membangkitkan isu hak istimewa orang Melayu di dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

 

Sudah termaktub di dalam perlembagaan berkenaan kedudukan istimewa orang Melayu - mD

Sudah termaktub di dalam perlembagaan berkenaan kedudukan istimewa orang Melayu – mD

 

Tohmahan liar juga dilemparkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan, dan Cina diketepikan terutama di sektor awam.

46 tahun sudah berlalu tetapi isu perkauman dan agama masih menjadi bahan mainan kebanyakkan ahli politik kita. Baik majoriti atau manoriti.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan membenarkan provokasi agama atau sebarang perbuatan mengancam atau menghina mana-mana agama dilakukan walaupun atas nama kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara ada hadnya. Pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan perkauman,” katanya dilaporkan Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nazarudin Zainun berkata, dalam pengkhususan Sejarah Asia Tenggara dan Dunia Melayu, rakyat kita harus menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai iktibar dengan menghentikan sebarang bentuk provokasi berkenaan isu perkauman dan keagamaan.

 

Dr. Nazarudin Zainun

Mengimbas secara ringkas peristiwa berdarah itu, pada asalnya ia adalah usaha untuk merayakan kemenangan parti tertentu dalam pilihanraya. Kemudian bertukar menjadi tragedi apabila cuba menolak sejarah dan telah menimbulkan bantahan golongan majoriti.

“Agenda utama parti tertentu yang bersifat ceuvenis adalah untuk memastikan bangsa mereka mengunguli dan menguasai setiap sudut serta ruang di negara ini. Dalam usaha untu menguasainya, maka tentulah wujud halangan yang perlu diatasi.

 

“Halangan paling kritikal bagi mereka tentu sekali bangsa majoriti, yakni Melayu dan bumiputera. Ini adalah kerana bangsa Melayu merupakan pemilik tanah air bertuah ini.

“Bagi menjatuhkan bangsa Melayu dari luar bukannya mudah. Buktinya, apabila konfrontasi terbuka dilakukan terhadap Melayu semasa 13 Mei 1969 mereka tidak dapat melakukannya.

 

“Nak tak nak, mereka terpaksa merobohkan tembok perpaduan bangsa majoriti dari dalam. Kalau dulu, bolehlah semangat anti Melayu ini disebarkan secara terang-terangan, tapi sekarang tidak boleh lagi.” katanya kepada Malaysian Digest.

 

Perarakan meraikan kemenangan parti dalam pilihanraya menjadi titik hitam dalam sejarah negara, 13 Mei 1969

Perarakan meraikan kemenangan parti dalam pilihanraya menjadi titik hitam dalam sejarah negara, 13 Mei 1969

 

Namun, beliau percaya semangat itu masih lagi wujud cuma ditonjolkan melalui serangan secara halus terhadap institusi yang didokong oleh Melayu supaya merasakan bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa bergantung harap kepada bangsa tertentu.

 

‘Janji DAP jika menang dalam pilihanraya, hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan’ – laporan Utusan Malaysia, 25 November 1999.

 

Petikan akhbar Utusan Malaysia tahun 1999

Petikan akhbar Utusan Malaysia tahun 1999“Berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, sebenarnya dalam perlembagaan memang tidak ada hak istimewa itu.

 

“Istilah sebenar dalam perlembagaan adalah kedudukan istimewa Melayu dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ini cuma satu kontrak sosial yang diberikan kepada imigran.

“Sewaktu Tanah Melayu mahu mencapai kemerdekaan, imigran telah diberikan tiga pilihan. Mahu dihantar semula ke negara asal, menjadi rakyat British di mana-mana negara yang dikuasai British atau menjadi rakyat Tanah Melayu.

 

“Tentu sekali mereka memilih untuk menjadi rakyat Tanah Melayu jadi mereka wajib mematuhi perkara 152 dan 153, Perlembagaan Persekutuan. Manoriti tidak boleh sesekali mempersoalkan tentang kedudukan majoriti. Jika tidak kerakyatan dan keturunan mereka juga boleh dipertikaikan.
“Oleh sebab itu, sejak dari dulu lagi sampailah sekarang ahli-ahli politik dari bangsa manoriti sering menggunakan pendekatan provokasi bagi menarik perhatian rakyat Malaysia,” tegas Dr Nazarudin.

Bagaimana pula dengan segelintir orang Melayu kita yang mempersoalkan tentang sejarah yang ditulis? Mereka menganggap sejarah di Malaysia hanya mengangkat sebelah pihak sahaja dan menindas pemimpin-pemimpin dari parti ceuvenis.

“Sejarah berdiri atas hujahan dan bukti yang bermula dari perubahan dan kesinambungan. Ia juga dikaitkan dengan sudut pandang, dimana akan dipengaruhi oleh beberapa faktor sejarah, latar belakang, budaya, agama dan lain-lain.

“Salah satu daripada kekuatan sesebuah bangsa adalah tokoh yang hebat sehingga apa sahaja peristiwa yang dikaitkan dengan tokoh tersebuah dianggap sebagai suatu kebanggaan. Cara untuk meruntuhkan kepercayaan serta jati diri adalah melakukan serangan terhadap sejarah bangsanya.

 

Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan negara dan bangsa di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan negara dan bangsa di Malaysia“Ada tiga cara untuk menakluk minda sesebuah bangsa. Pertama, hancurkan bukti-bukti sejarah bangsa itu hingga tidak boleh lagi diteliti dan dibuktikan kebenarannya. Kedua, kaburkan sejarah bangsanya dan ketiga, putuskan hubungan mereka dengan leluhur keturunan dengan menyatakan leluhur mereka itu bodoh, primitif, salah buat keputusan dan banyak lagi,” jelas beliau.

Dr Nazarudin menjelaskan bahawa cara menghapuskan keseluruhan induk sesebuah bangsa tidak perlu untuk membunuh. Cukuplah sekadar menghapuskan sejarah bangsa itu, kerana cara ini lebih berkesan untuk menanmkan rasa benci kita terhadap bangsa sendiri.

“Putar belitkan sejarah agar kelihatan sedikit redikal dan ekstrem, sembunyikan kebenaran dan terakhir terapkan rasa tidak ingin tahu dan bosan dengan sejarah yang dianggap kolot dan tidak konvensional. Maka, akan lengkaplah pusingan pertama era penjajahan baru.

“Tidak cukup dengan itu, pihak yang menyimpan agenda tertentu ini haruslah bijak menyebarkan fahaman budaya luar kepada orang Melayu kita. Lakukan dengan cermat sehingga mereka memandang baik budaya luar dan jelik dengan budaya sendiri.” katanya.

Ternyata, ada pihak-pihak tertentu masih belum berputus-asa dalam mencapai agenda mereka sehingga kini. Sebagai rakyat kita harus sedar bahawa minda kita sudah dipengaruhi secara diam oleh mereka.

Penglibatan anak-anak muda dalam gerakan-gerakan yang memperjuangkan negara bangsa amatlah penting. Hal ini mampu memupuk semangat ingin mempertahankan negara bangsa dari agenda-agenda tidak baik yang disebarkan pihak tertentu.

Menerusi perbualan bersama Faris, iaitu anak Melayu yang menyertai gerakan NGO (The Patriots) berkata:

“Gerakan-gerakan aspirasi dan reformasi bangsa ini kurang mendapat perhatian kerana masyrakat disogok dengan penyatuan bangsa Malaysia yang bersandarkan pada pluralisme, yang mana ia menidakkan terus identiti bangsa dan agama, malah menyamakan semua.

 

The Patriots, salah satu gerakan NGO yang memperjuangkan negara bangsa

The Patriots, salah satu gerakan NGO yang memperjuangkan negara bangsa

 

“Agak kasar untuk mengatakan mereka yang tidak mengendahkan identiti bangsa ini pengkhianat tetapi lebih sesuai menyebut mereka ini sedang mencari identiti mereka, susur galur dan jati diri mereka. Terutama sekali bangsa Melayu yang dilihat semakin terhakis identiti Melayu kerana terlalu leka dengan kemodenan dan ketamadunan Barat,” katanya kepada Malaysian Digest.
Gambar Foto : mD

Katanya, dia yakin gerakan reformis dan enlightenment bangsa ini juga dilabel oleh setengah pihak sebagai bersikap rasis dan ultras, sedangkan ia hanya sebagai satu wadah untuk mengembalikan semula adat resam, budaya, tatasusila dan kehebatan bangsa Melayu.

Tambahnya, Malaysia kini sedang diasak dengan fahaman asing dan ini tidak sahaja berlaku kepada Melayu bahkan bangsa lain juga. Jika hal ini terus berlaku, susur galur budaya serta adat ketimuran kita perlahan-lahan akan lenyap.

Apakah benar generasi muda di Malaysia benar-benar tahu mengapa tercetusnya 13 Mei 1969?

“Tarikh itu adalah klimaks kepada insiden-insiden yang berlaku ketika kempen pilihanraya 1969 dimana sentimen perkauman digunakan sebagai modal meraih undi. Sentimen Malaysian Malaysia menjadi fokus utama kempen parti yang bertanding.

 

“Ia adalah agenda yang dipelopori Lee Kwan Yew, premier Singapura bermula tahun 1960 lagi yang membangkitkan Perkara 153 yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.

“Rapat umum yang diadakan oleh pembangkang ketika itu menerapkan sentimen perkauman dan slogan Malaysian Malaysia telah dijadikan politik opportunistik bagi memecahkan undi Perikatan untuk mengungguli pentadbiran.

 

Pilihanraya tahun 1969 telah menumbangkan pentadbiran Parti Perikatan - mD

Pilihanraya tahun 1969 telah menumbangkan pentadbiran Parti Perikatan – mD

 

“Pada masa sama, elemen komunis turut disebarkan dalam bentuk ‘symphatizer’ dengan menjalankan propaganda hasutan untuk melumpuhkan pentadbiran negara bagi mencetuskan perang saudara di kalangan orang Melayu kita,” katanya yang cenderung ke arah Sejarah Melayu Moden.

Jelasnya, walaupun rekod menunjukkan terdapat beberapa ahli politik tidak terlibat pada hari berlakunya peristiwa berdarah itu tetapi kita dapat menilai sendiri melalui syarahan, agenda dan sentimen serta ideologi mereka disebarkan sepanjang masa kempen pilihanraya.

“Kebanyakkan orang cuma menumpukan keadaan ketika tarikh tersebut, tetapi tidak memahami punca sebenar yang berlaku sebelumnya yang mencetuskan sesuatu peristiwa. Ejek mengejek antara pihak yang kalah dan menang, ugutan, rusuhan dan pertumpahan darah mendorong ketidakstabilan negara.

“Apakah kita masih tidak belajar daripada kesilapan dibuat orang-orang terdahulu? Tengoklah, sekarang makin banyak pihak yang berani menyentuh sensitiviti beragama, perkauman dan rasis antara satu sama lain. Apabila berlakukan rusuhan perkauman, paling tidak membantu adalah ahli politik sendiri yang menggunakan sentimen kaum untuk meraih undi.

“Kini agenda kesamarataan menjadi topik perbualan hangat. Mereka mahu memansuhkan identiti jati diri kaum, malah agama. Ini adalah satu permainan yang bahaya yang mungkin mengulangi 13 Mei 1969.

 

Gambar Foto - mD

Gambar Foto – mD

 
“Kita hidup dalam negara yang berbilang kaum. Keadaan stabil dan makmur wujud apabila ada persefahaman antara satu sama lain. Apa yang berlaku kini adalah cubaan untuk memusnahkan kestabilan tersebut.

 

“Antara manoriti dan majoriti tidak boleh bertelagah dan harus menghormati apa yang ditetapkan oleh pemimpin terdahulu dalam membentuk sebuah negara. Provokasi tidak akan pernah menyelesaikan masalah,” katanya.

Jadikanlah Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada sentimen perkauman dan agama kerana ia membentuk perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyat

Jadikanlah Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada sentimen perkauman dan agama kerana ia membentuk perpaduan dan keharmonian dikalangan rakyatHakikatnya, pertelingkahan dan drama politik Malaysia belum menemui jalan penyelesaian. Jika diteliti, isu 13 Mei sudah mula dibangkitkan semula di media massa dan sosial.
Sentimen agama dan perkauman terus menjadi bahan provokasi mereka. Sebagai rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu, apakah kita benar-benar meletakkan sokongan di pihak yang benar?

Atau, kita sendiri rela melihat bangsa kita tergadai? – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.