Isteri Apek Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

KOTA BHARU – Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek menjadi insan paling gembira apabila dikurniakan cahaya mata sulung hari ini.

Isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, atau Leuniey selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kilogram secara normal di Hospital Pakar Perdana di sini kira-kira pukul 3 petang ini.

Ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 42, ketika mengesahkan perkara itu berkata, kehadiran ‘orang baharu’ yang juga merupakan cucu sulung amat menggembirakan keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.