Harga Minyak Isu Sensitif, Harap Kerajaan Tak Sorok Dari Rakyat

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kerajaan digesa mengumumkan kadar harga minyak baru bagi meredakan tanda tanya rakyat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu minyak ini satu perkara yang sensitif jadi lebih baik dimaklumkan supaya rakyat boleh meneruskan kehidupan tanpa berdepan dengan isu tersebut.

Menurutnya, jangan wujud teka teki dalam kalangan rakyat, kerana rakyat hari ini ternanti-nanti maklumat terkini mengenai harga minyak.

“Jadi kita perlu tahulah, jangan pula kerajaan menyorok maklumat dan macam -macam lagilah.

“Saya fikir perkara ini eloklah beritahu rakyat bagi menjawab persoalan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Nadzim berkata, sekiranya masih tidak diumumkan nanti pelbagai isu lain pula akan timbul.

Jelasnya lagi, berkemungkinan juga kerajaan sedang membuat semakan, lebih-lebih lagi apabila harga minyak di pasaran menurun.

“Saya harap isu harga minyak ini dapat diselesaikan dan saya sudah lama mengharapkan pihak kerajaan memberi minyak subsidi kepada yang meminta.

“Ini yang tidak minta pun dapat juga, jadi macam mana, sepatutnya yang mintalah dapat subsidi, bagi saya jika dipraktikan harga minyak dapat dikurangkan,” katanya

Dalam masa sama beliau berharap agar isu harga minyak dapat diselesaikan segera. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.