Armada Negeri Dakwa Syed Saddiq Tidak Turun Bantu Aktiviti Parti

KOTA BHARU – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa tidak pernah turun ke Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu bagi mengetahui masalah ahli di sini.

Timbalan Ketua Armada Kota Bharu, Ahmad Nor Azhar Muhammad, berkata pihaknya mahu Syed Saddiq menyelesaikan masalah Armada yang tidak dapat melaksanakan aktiviti kebajikan dan membantu rakyat berikutan masalah ketiadaan dana daripada mana-mana pihak.

Katanya, dana itu perlu disalurkan oleh parti terutama di negeri di kuasai pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Saya mencabar Syed Saddiq dan Exconya turun ke Kelantan untuk membuat perjumpaan bersama Armada dan selesaikan masalah. Saya nak tanya, selepas PRU lalu, adakah beliau turun ke Kelantan bertanyakan masalah Armada.

“Saya rasa tiada kecuali sebelum PRU. Jadi, di mana keprihatinan Syed Saddiq sendiri kepada akar umbi.

“Jadi, kami sebulat suara mempertahankan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (BERSATU) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kerana tiada apa yang salah apabila mahu Ketua Bahagian dan Cawangan parti itu diberikan projek kerajaan bagi menjana kewangan menggerakkan aktiviti parti,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Abdul Rashid ketika menyampaikan ucapan penggulungan mendesak peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan supaya sistem itu memanfaatkan ketua cawangan dan bahagian parti, selain diberikan semula kepada masyarakat setempat.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah itu berupaya memastikan ketua bahagian dan cawangan mempunyai peruntukan mencukupi untuk menjalankan program di kawasan mereka, sekali gus meraih sokongan pengundi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Bharu, Ali Nordin Yaman, berkata tanpa dana dan sumber kewangan kukuh, tidak mungkin dapat membantu rakyat dan melakukan gerak kerja memastikan kemenangan dalam PRU-15.

Katanya, saranan dikemukakan Abdul Rashid adalah simbolik kepada tekanan dan masalah Ketua Bahagian mengurus aktiviti parti menggunakan wang daripada kocek sendiri dan bebanan itu semakin bertambah menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kecaman yang tidak sepatutnya sehingga memaksa Abdul Rashid untuk meletakkan jawatan. Adakah salah beliau menyuarakan pendapat atau mewakili keluhan Ketua Bahagian yang lain sehingga sanggup diminta meletakkan jawatan.

“Masyarakat boleh lihat begitu sengsaranya Ketua Bahagian mahu menguruskan bahagian masing-masing. Tiada bantuan daripada peringkat atas sehingga terpaksa meminta sumber ‘tender’ atau projek kecil untuk tadbir bahagian,” katanya. – BH

2 thoughts on “Armada Negeri Dakwa Syed Saddiq Tidak Turun Bantu Aktiviti Parti

  • January 4, 2019 at 9:49 pm
    Permalink

    Pala bana exco tak turun lepas PRU…abes 2 yg aku lepak breakfast dgn geng2 Armada di Tanah Merah 15/9/2018 jam 9.00 am sapa?tunggul?musang?

    Reply
  • January 5, 2019 at 12:22 pm
    Permalink

    15/9/2018…Tanah merah,Kelantan…exco2 Armada ada turun ke sana…jumpa dgn armada sana…masa 2 YB Syed Saddiq xdpt hadir sebab ada program di tempat lain…4 exco nasional hadir untuk program di Tanah Merah bersama armada2 Kelantan…

    15/9/2018 seingat aku dah lepas dari tarikh PRU14…

    #armadawilayah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.