Arab Saudi Dijangka Turunkan Harga Minyak

SINGAPURA- Pengeluar minyak utama, Arab Saudi dijangka mengurangkan harga bagi minyak gred Arab Heavy yang dijual kepada Asia pada Februari disebabkan margin yang lebih rendah.

Menurut seorang responden kepada Reuters, margin yang lebih rendah serta jangkaan kemerosotan permintaan minyak mentah di Asia semasa penyelenggaraan loji penyaringan pada suku kedua menyebabkan Arab Saudi bertindak mengurangkan harga pada Februari.

Harga jualan rasmi (OSP) bagi gred Arab Mediumdan Arab Heavy dijangka jatuh sehingga 50 sen setong pada Februari berbanding bulan sebelumnya.

Arab Heavy terlalu mahal sejak beberapa bulan sebelum ini,” kata salah seorang respon dalam kaji selidik yang dijalankan Reuters.

Purata margin biasa di kompleks penyaringan di Singapura DUB-SIN-REF adalah sekitar AS$2.84 setong pada Disember, paras terendah sejak Ogos 2013, demikian menurut data Refiniitiv Eikon.

Bagi gred ringan, dua responden menjangkakan OSP Februari untuk minyak mentah terkenal, Arab Light jatuh sebanyak 20 sen- 30 sen setong bagi memastikan minyak Arab Saudi masih kekal kompetitif berbanding minyak syel AS.

Responden yang sama turut menjangkakan OSP Arab Extra Light dikurangkan sebanyak 20-50 sen pada Februari.- Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.