Video : Gadis Hilang Kaki, Leka Main Telefon

Seorang gadis tersepit kaki kanannya di pintu lif yang rosak jadi tular di laman sosial.

Menurut laporan Dailymail, Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang gadis berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dikepit oleh pintu lif.

lif itu mula bergerak ke tiga tingkat ke atas kemudiannya berhenti selepas 30 saat.

Biarpun gadis tersebut cuba untuk mengeluarkan kaki kanannya namun, kakinya sudah putus sepenuhnya dari paras lutut ke bawah.

Video itu juga menunjukkan seorang lagi wanita yang berada di belakang mangsa sebelum mangsa terjatuh, terselamat apabila dia tidak sempat untuk masuk ke dalam lif tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah bangunan di Zhongshan, sebuah daerah di barat Shanghai, China itu didakwa terjadi pada 21 Jun 2017, namun rakaman CCTV ini baru sahaja tersebar di portal media China iaitu, Iqiyi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.