UFO Hijau Di Langit Tular

EDINBURGH, Scotland – Satu objek hijau yang mengeluarkan cahaya terang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berjaya dirakam di ruang udara di sini sebelum malam Tahun Baru, Sabtu lalu.

Menurut Agensi, hampir 300 orang mendakwa mereka melihat meteor besar bercahaya itu sebelum berkongsi gambar dan rakaman di laman sosial.

Sebilangan individu pula menyangka ia percikan bunga api beberapa minit sebelum sambutan Tahun Baru 2018.

“Kami lihat meteor berwarna hijau terbang melepasi kedai Nord Bottleshop di Teluk Whitley ketika sedang menikmati minuman di situ,” kata seorang pengguna internet, Alyson Dodd.

Bagaimanapun, Ahli fizik terkenal, Profesor Brian Cox menerusi Twitter yang dipetik Kosmo turut meluahkan rasa kecewanya kerana terlepas untuk menyaksikan fenomena aneh itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.