Tular Rakaman Kereta Tukar Lorong Melulu Sebabkan Kemalangan

Tular di media sosial memaparkan video rakaman seorang pemandu Honda Civic FD yang menukar lorong secara melulu sehingga menyebabkan sebuah keluarga ditimpa kemalangan.

Insiden nahas dramatik itu dirakam dashcam kereta mangsa pada jam 1.56 petang semalam di sebuah lebuh raya di ibu negara, sebelum ia menjadi tular menerusi media sosial.

Menerusi video, ia menunjukkan pemandu Civic yang berada di lorong kanan pada mulanya cuba memintas kenderaan di hadapan gara-gara hendak mengelak kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun pemandu Civic terbabit yang cuba memasuki lorong kiri dengan hanya memberikan lampu signal tidak menyedari kenderaan keluarga mangsa yang begitu rapat dengan kenderaanya.

Difahamkan, pemandu Civic terbabit mengambil jalan mudah untuk terus berlalu pergi tanpa menghiraukan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan.

Video berdurasi seminit itu mendapat perkongsian lebih 1,000 kali daripada netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu Civic terbabit.

Namun tidak kurang juga cuba menyalahkan mangsa yang seakan tidak bertolak ansur memberi ruang kepada pemandu Civic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.