Pelajar Sekolah Berlumuran Darah Dirompak

Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki di Johor telah dirompak dalam keadaannya sedang nazak berikutan menjadi mangsa langgar lari beberapa ketika sebelumnya.

Kejadian berlaku pada jam 2 petang Selasa (2 Jan) ketika mangsa sedang menunggang motosikal dan telah di langgar oleh sebuah van lalu tercampak.

Saksi kejadian dikenali sebagai Harry Cyclone memuatnaik maklumat kejadian ke halaman Facebook ‘JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report’ berkata, pelajar tersebut cedera parah dan berlumuran darah, seperti memetik laporan Thestar

Ujarnya, ramai orang awam cuba untuk membantu dan secara tiba-tiba datang seorang lelaki berpura-pura ingin membantu mangsa yang kemudiannya merompak pelajar berkenaan dihadapan orang ramai.

“Kemalangan dihadapan Danga City Mall berdekatan lampu isyarat. Budak lelaki ini dari SMK Aminudin Baki.

“Kami semua sedang membantu budak ini dan datang seorang lelaki memeriksa telefon bimbit budak lelaki ini untuk menelefon ibu bapanya tetapi dia ambil telefon itu dan cabut lari. Apa jenis orang dia ni?” katanya yang turut memuatnaik gambar pelajar berkenaan.

Kes masih disiasat pihak polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.