Mungkinkah Ini Sebab Mengapa Mahathir Begitu Menentang Projek Forest City?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 3 Januari 2018

Pemilik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mengatakan bahawa projek Forest City mungkin mengehadkan pengembangannya kelak selepas rancangan pembesaran fasa ketiganya memandangkan Projek Forest City bertindih dengan kawasan konsesi pelabuhannya.

PTP adalah 30% dimiliki oleh syarikat Denmark Maersk dan Maersk malah mengendalikan pelabuhan pada masa lalu semasa era Mahathir.

Walau bagaimanapun, nampaknya syarikat Denmark yang memiliki dan mengendalikan pelabuhan milik MMC sebagai pemegang saham minoriti bukanlah tindakan menjual negara berbanding syarikat China yang memiliki saham minoriti di pelabuhan Melaka Gateway yang jauh lebih kecil itu, yang sudah semestinya adalah tindakan menjual negara.

Selain itu, sebuah syarikat dari India yang memiliki saham minoriti dalam projek raksasa MMC iaitu projek pelabuhan Pulau Besar juga bukanlah tindakan menjual negara, tetapi syarikat China yang memiliki saham minoriti di pelabuhan Melaka Gateway yang jauh lebih kecil sudah semestinya adalah tindakan menjual negara.

Ia hanyalah tindakan menjual negara apabila rakan-rakan Mahathir tidak terlibat dalam projek itu.

Macai Mahathir, sila ambil perhatian.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/08/30/maersk-ptp-terminal-expansion-capability-not-immediate-concern-worlds-largest-shipping-line-says-com/

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

One thought on “Mungkinkah Ini Sebab Mengapa Mahathir Begitu Menentang Projek Forest City?

  • January 7, 2019 at 1:33 pm
    Permalink

    Siapa yg mampu beli rumah forest city? Rata2 sekeliling org2 kampung yg tinggal disitu?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.